Wednesday, 4 March 2015

Latar belakang kampung Felda Air Tawar 3

Kota Tinggi merupakan sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasakan disini. Kota Tinggi juga menjadi terkenal tempat dengan Air Terjun yang terletak di Lombong dan menjadi tempat tarikan pelancong. Felda ini terletak di dalam daerah kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Felda Air Tawar 3 ini  terletak  berhampiran dengan Kampung Sungai Seluyut, Felda Air Tawar 1, Felda Air Tawar 2  dan Pekan Kota Tinggi  yang dalam linkungan 12 kilometer daripada Felda Air Tawar 3. Felda Air Tawar 3 juga merupakan salah satu Felda Wilayah Johor Bharu yang telah diterokai oleh peneroka Felda sejak dulu lagi. 

Pada mulanya, Felda Air Tawar 3 ini dibuka oleh Felda sebagai perkampungan tersusun yang disusahakan sepenuhnya oleh felda. Felda Air Tawar 3 ini telah dibuka pada tahun 1971 dengan memulakan penanaman kelapa sawit dan juga kemasukan peneroka secara berperingkat-peringkat sehingga melebhi lima ratus keluarga. Menurut Ketua Kampung Felda Air Tawar 3 iaitu Tn. Hj Sahaman, pada tahun ini Felda ini telah membangun dengan maju seiring dengan perubahan masa dan telah menempat 514 buah rumah termasuk rumah kakitangan Felda dan peneroka. Menurutnya lagi, akan ada kemasukan bagi generasi baru secara berperingkat dan ia sedang giat dijalankan sekarang ini.

Selain itu, hasil usaha dan kerjasama yang baik oleh peneroka, mereka telah diberi geran dan menjadi pemilik tanah selepas mendapat membayar keseluruhan kos pentadbiran kepada pihak Felda dan sehingga kini Felda masih memberikan bantuan dan memberi bimbingan kepada peneroka dalam menguruskan lading dan memasarkan hasil pertanian mereka. Kilang-kilang memproses sawit telah pun dibina oleh Felda untuk membeli dan memproses hasil sawit  peneroka. Peneroka giat membuat satu pembaharuan baru dengan menghasil produk lain seperti Perusahaan Tempe Berdaun, Penanaman Pokok Kopi dan Projek Kolam Ikan Air Tawar.



Pada hari ini, Felda Air Tawar 3 telah wujud sebagai salah satu kampung felda yang terbaik di Malaysia. Sehubungan dengan itu juga felda ini telah membina penginapan sementara iaitu Homestay di tengah-tengah felda ini dan dimiliki oleh pihak mereka sendiri. Selain daripada Homestay, felda ini banyak menerima kunjungan daripada pihak luar antaranya UPM Serdang, UTHM Johor dan Persatuan bukan badan kerajaan (NGO) dalam program pengambil anak dan keluarga angkat bagi peneroka di felda ini. Mereka juga berpeluang tinggal di rumah keluarga angkat mereka dan mengalami pengalaman sendiri dengan menjadi sebahagian keluarga peneroka. Di samping itu, mereka akan di hiburkan dengan aktiviti malam kebudayaan anjuran Kelab Belia penduduk disini dan beberapa aktiviti lain seperti demonstrasi membuat kraftangan seperti bakul rotan dan tikar daripada Rumah Mas, bergotong-royong bersama komuniti setempat, melawat sekitar kawasan felda dan pelbagai lagi. Dengan adanya aktiviti sebegini, pelawat dan juga pelancong daripada luar dapat merasai cara hidup di luar Bandar dengan lebih dekat lagi.

1 comment:

  1. The Gambling Revolution: A Novel of Time - Dr.MD
    We are not only talking about the 나주 출장안마 book 서울특별 출장안마 of William F. 제천 출장안마 Yoakam's vision for the future of 이천 출장안마 gambling, but also A novel of time. 당진 출장안마

    ReplyDelete